Artis | Majlis Cukur Jambul Barr Al Aliy Anak Sari Yanti

Hari Ahad lepas I tengok Nona di TV3. Ada dipaparkan majlis cukur jambul anak Sari Yanti yang bernama Barr Al Aliy.

Majlis Cukur Jambul Anak Sari Yanti Barr Al Aliy

Terpaku seketika sebab warna orange digunakan sebagai tema. Memang menyerlah sangat. Pastu tertarik sebab nama anak Sari Yanti yang bagi I sangat unik .

Barr Al Aliy bukan nama yang biasa kita dengar kan? Apa cerita Sari Yanti disebalik nama anaknya Barr Al Aliy. Ini petikan yang I ambik dari Kosmo.

Majlis Cukur Jambul Anak Sari Yanti Barr Al Aliy

Bercakap mengenai nama unik anaknya, Barr Al Aliy, Sari Yanti memberitahu ia mempunyai cerita tersendiri di sebalik pemilihan nama tersebut.

Akuinya, nama tersebut diperoleh pada saat akhir sebelum dia melahirkan. Ia terjadi secara tidak sengaja apabila suaminya mengemas sebuah bilik di kediaman mereka dan terjumpa buku milik bapa Sari Yanti yang dipinjamkan kepadanya. Sari Yanti menganggapnya sebagai satu tuah.

“Itu buku mengenai 99 nama Allah yang saya pinjam daripada bapa. Sebenarnya saya sudah terlupa saya letakkan buku itu di mana sehingga Eddy terjumpa dan kami membaca buku itu bersama sehingga terjumpa nama unik itu,” katanya.

Majlis Cukur Jambul Anak Sari Yanti Barr Al Aliy

Cerita Sari Yanti lagi, dia dan suami sengaja untuk tidak memilih nama anak mereka terlalu awal untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Bagaimanapun selepas membaca buku tersebut, dia mula menyukai nama Al Barr. Sementara suaminya pula jatuh cinta dengan nama Al Aliy.

Majlis Cukur Jambul Anak Sari Yanti Barr Al Aliy

Mencapai kata sepakat, mereka akhirnya menggabungkan dua nama yang mereka suka itu menjadi Barr Al Aliy.

“Barr menurut buku ada yang bermaksud dermawan dan bagus. Sementara Al Aliy pula lebih kepada martabat yang tinggi. Maksud yang bagus jadi kami gabungkannya,” kata Sari Yanti yang memanggil anaknya dengan panggilan Barr sementara Eddy memanggil anaknya dengan nama penuh.

Forever Living Malaysia
BARU DAPAT GAJI TAPI DUIT DAH HABIS?? BAYAR BIL HUTANG HINGGA KENA IKAT PERUT?? ANAK NAK MAKAN PUN TERPAKSA CATU?? TAK ADA SIMPANAN??

Ekonomi sekarang sangat tidak stabil. Harga barang semuanya naik. Jangan mengeluh saja tanpa berbuat apa-apa. Hidup mesti diteruskan. Jom sama-sama tambah pendapatan. Yang kerja makan gaji boleh buat part time. Yang menganggur, suri rumah, tengah belajar dan sudah bersara boleh buat sepenuh masa.

Kalau tengok baki akaun bank RASA NAK NANGIS atau bila buka purse/wallet/beg duit rasa susahnya nak survive hidup, tu maknanya dah kena cari jalan buat side income. Bila peluang bisnes tanpa modal besar datang depan mata baik ambik cepat-cepat. Anda boleh mulakan bisnes Aloe Vera Forever Living dengan hanya RM105 sahaja!! FREE 1x Aloe Vera Gel bernilai RM96 dengan setiap pendaftaran agen baru.

Whatsapp AHLI ke Ros Ibrahim 016-888 6740.

Boleh juga isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli

RM105 pun tak ada? Jangan risau. Saya juga membuka peluang bisnes tanpa modal dengan menjadi agen dropship Aloe Vera.

Whatsapp DROPSHIP ke Ros Ibrahim 016-888 6740.

Boleh juga isi borang di http://khasiataloevera.com/borang-dropship/

Maklumat Lanjut:
http://BisnesAloeVera.com
http://JusAloeVera.com

http://rosibrahim.flp.com

Semoga dimurahkan rezeki kita semua dalam memenuhi keperluan dunia yang serba "MAHAL" hari ini. Ameen.

Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

  • No Related Posts

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

😉 😐 😡 😈 🙂 😯 🙁 rolleyes.png 😛 😳 😮 mrgreen.png 😆 💡 😀 👿 😥 😎 ➡ 😕 ❓ ❗ 

CommentLuv badge