Izzah masuk wad 3 hari last two weeks. Sebab Acute Bronchitis. Ni me nak kongsi cerita budak kecik ni masuk wad.
Sementara nak tunggu dapat bilik, me belikan Izzah belon smiley hijau kat satu-satunya kedai serbaguna kat ground floor KPJ Selangor Specialist tu. Mahal betul belon… RM2.50 satu!

Kami ambik bilik single sebab nak privasi. Tak kisah mahal sikit sebab insurans cover. Kalau terlebih kami bayar je lah.
Biasalah satu katil sahaja ada.. tapi kami diberikan satu baby cot berpalang besi yang maha besar. Super godang! Me baring dalam tu selamba je tak goyang pun…ha..ha..ha ![]()

Izzah tak de masalah tidur dalam cot tu sebab kat rumah pun dia tido dalam cot. Sebab tu kita kena train anak tidur asing dalam cot sendiri instead of share katil kita atau letak dalam buaian… sebab time macam ni la (masuk wad).. ia amat berguna.
Imagine macam mana baby kecik nak tidur sekali dengan kita atas single bed yang tinggi dalam wad tu? Memang kemungkinan jatuh katil bagi baby yang tidur lasak sangat tinggi. Dan kalau dah biasa tidur buai pulak? Fikirkan lah ye.
Kat KPJ Selangor Specialist tu kami duduk wad 2A (tingkat 2).. dan kat tengah area wad (dekat lift) ada satu bilik permainan yang besar. Tiap-tiap pagi dan petang mesti Izzah nak pergi ke situ.



Ada banyak mainan dan juga ramai kawan baru. Budak comel dalam gambar ni pun masuk wad sebab bronchitis. Tapi yang temankan dia ialah bibiknya.. bukan mak dia. ![]()


Dekat dinding luar bilik permainan, ada satu notice board besar dipenuhi surat, lukisan dan nota dari budak-budak yang pernah duduk wad tu. Ish.. Izzah nak kena buat gak kot ni…he..he ![]()

Bila dah penat main, mana lagi boleh pegi. Selain berjalan pusing-pusing satu wad… tengok TV kat bilik pun kira best la jugak.


Aktiviti wajib dalam wad ialah sedut gas/wap nebulizer. Izzah sangat suka ni! ![]()

Sebab dalam bilik sangat sejuk tahap gaban, maka acara mandi-manda hanya 2 kali sehari. Kalau kat rumah 3 kali..ha..ha..a ![]()

Dan.. kalau dah rasa malas tak tahu nak buat apa lagi dah… baring-baring dalam cot sambil letak kaki kat palang pun seronok juga.

Nasib baik me bawak kawan-kawan Izzah ni semua… jadi tak lah Izzah sorang-sorang dalam cot. Terima kasin Ipin, adik baby alive dan Patty the Panda!






duk dalam wad pun ceria jer izzah ni:)
.-= eliss´s last blog post..Contest Reka Tagline Produk Dan Menang =-.
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
November 9th, 2009 at 2:57 pm
eliss, izzah ni memang gaya macam tak sakit… lari sana sini..he..he
[REPLY]
my baby pun pernah merasa duduk wad kanak2 kat kpj sgor.. merasa jugak main2 kat playroom tu.. hihi! tp mcm ader semut ari tu, someone spilt something kot..
.-= Lina´s last blog post..Baby High Chair =-.
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
November 9th, 2009 at 2:59 pm
lina, ari tu bersih je playroom tu.. kalau ada semut mesti sebab ada orang makan kat dalam tu kan
[REPLY]
isk,..my baby tak nak duduk dlm cot dah,..dipanjatnya pulak..kes naya betul.
.-= unlisted_one90´s last blog post..Mimpi tapi realiti =-.
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
November 9th, 2009 at 3:01 pm
unlisted, izzah ni pun dah mula nak memanjat..tapi kena warning siap-siap.. so dia pulak panjat dah..dengar kata ni..he..he
[REPLY]
hye little mama.. x sangka u ade personal blog.. i link u ya..
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
November 9th, 2009 at 3:02 pm
afidah, ye..ye sila
[REPLY]
hi..comeynya izzah nih… sakit2 pun tetap aktif, bagusnya… kalau bilik dah sejuk tahap gaban, boley lagi mandi manda yer.. kalau ada bronchits takpe ker mandi manda , tu , siap mandi dlm “bathtub” lagi!!
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
November 9th, 2009 at 3:03 pm
mama ida, sejuk-sejuk pun kena mandi.. bau masin he..he
mandi air suam tak de rasa sejuk pun.. tu sebab izzah suka mandi dalam sink tu.. ahaks
[REPLY]
hehe banyak yer aktiviti izzah dalam wad..sian budak tu bibik je teman..maknye sibok sgt kot.
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
November 9th, 2009 at 3:05 pm
farah, duduk wad pun mesti ber-aktiviti..he..he
ye lah.. memang kesian.. memang dengan bibik dia je.. tak pernah nampak mak dia pun
[REPLY]
adik pun penah kena camni…dok menunggu dia kat wad…memang menguji tahap kesabaran..tambah2 dekat seminggu….boleh kurus mak dia..izzah dah sihatkan sekrg ni…mesti dah kembali cergas…
.-= su@mamasyaza´s last blog post..Tengkiu Semua =-.
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
November 9th, 2009 at 3:08 pm
su, izzah dah sihat dan notti..
[REPLY]
comelnya kamu izzah!~ alhamdulillah dah sehat.
.-= Syud´s last blog post..~Pesanan Untuk Anak Adam~ =-.
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
November 10th, 2009 at 8:38 pm
syud, dah sihat
[REPLY]
alahai izzah, cam tak masuk wad pun ha…dah cam org gi jln² pun ada lagaknya…..
.-= mamibizi´s last blog post..My Top 5 Treat List =-.
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
November 10th, 2009 at 8:39 pm
ann, tu la.. macam pergi bercuti la pulak..he..he
[REPLY]
Mandi dlm “bathtub” tu mcm best jer… berapa lama u cuti teman kan izzah ni… serius ker izzah suka sedut benda gas nebullizer tu… sedap ke benda alah tu…
.-= AdD´s last blog post..Mengambil Kesempatan =-.
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
November 10th, 2009 at 8:42 pm
AdD, best mandi sink-tub he..he
i cuti 2-3 gak.. babah dia yg cuti lama.. yes.. izzah suka wap nebuliser sebab sejuk nyaman..
[REPLY]