أهلاً وسهلاً 欢迎 Willkommen, Singgah Sini Dululah Entee ;0
IzzahKids @Little Mama's LOVE - Info Terkini :)
Little Kids Photography @Tukang Ambik Gambar Professional
Fabric Giveaway by Little Mama
Yeha!! Siapa suka fabric? Mari sini.. mari sini.. ana ada berita baik mau khabarkan.
Beberapa hari lepas ana kemas-kini *hebatnya perkataan ini..he..he* almari. Terjumpa beberapa bundle fabric jenis cotton nih. Cantik.. tapi ana rasa kena let go bagi sesiapa yang nak je la.
Bukan sebab ana nak berenti menjahit. Tapi sebab ana lagi suka jahit dengan designer fabric *eksen pulak dah*.
Dalam kepala ni macam blank je idea nak jahit apa dengan fabric ni. Nak simpan makin penuh pulak almari. Kena bagi space untuk designer fabric yang bakal menyusul kemudian.
So.. ana nak buat Fabric Giveaway ni. ![]()
Senang je.. ana buat style lucky draw je. Tapi syarat tetap ada la. Tak kan nak bagi free semata-mata..he..he ![]()
1. Buat entri ringkas di blog entee tentang Fabric Giveaway ni – kena letak banner giveaway dan link ke contest page ini – http://littlemamadiary.com/fabric-giveaway-mama/
2. Letak link co-sponsor dalam entri – http://littlemamalove.com
3. Letak banner Fabric Giveaway versi kecik kiut ni kat sidebar blog dan link… BACA SELANJUTNYA
BIP – Business In Photography Workshop by Saiful Nang
Ana ada banyak impian. Salah satunya nak jadi Newborn, Babies and Kids Photographer tersohor seantero negara.
Mungkin ada yang kata… ahhh.. mimpi saja lah. Angan-angan mat jenin tak kan sampai ke mana..ha..ha
Memang. Angan-angan mat jenin tak sampai ke mana, sebab mat jenin asyik berangan sampai lupa nak buat tindakan.. angan-angan, impian, dreams, wawasan.. semua tu kalau diri sendiri tak ambik satu langkah memulakannya… memang sah la gagal kawan.. he..he
Kalau Saiful Nang boleh jadi seorang Wedding Photographer terkenal dan termahal di Malaysia *sempat lagi tu kaler merah..ha..ha* .. kenapa ana pun tidak boleh. Tapi ana tidak le berniat nak menjadi wedding photographer.. tak minat ambik gambar wedding ni.. lagipun tak nak la lawan tok guru pulak..ha..ha
Oh.. entee tahu berapa caj khidmat photography Saiful Nang ni? Hmmm… kalau tak ada RM7,200 dalam tangan jangan mimpi nak gunakan khidmat Saiful Nang.
Saiful Nang caj RM7,200 untuk satu event ya entee. Hanya satu event.. so kalau beberapa event dalam wedding *biasa kan wedding ni ada banyak event macam pre-wedding, akad nikah, sanding sebelah sini, sanding sebelah sana*.. jadi entee kiralah kalau untuk satu complete wedding tu kena berapa..
BACA SELANJUTNYA
Dah Pukul 3!
Fuuuh.. kesibukan melanda sampai badan sakit-sakit, kepala pusing-pusing..
Tak sabar nak balik kampung minggu depan.. yahooooo..
Update pendek saja la ye. Ana baru dapat bernafas sikit hari ni. Bukan pasal hidung tersumbat tapi pasal kerja ofis non-stop. Lunch hour pun takde rehat-rehat.
Oh.. sesiapa yang guna template Simple White sama macam ana ni mesti perasan template asal dia takde comment link kan. Tapi ana punya ada!
Ajaibnya!! ![]()
Mestilah ajaib lepas 6 jam duk godek segala mak nenek PHP code tu.
Nanti ana rajin + free, ana buat tutorial camana nak buat. Kalau tanya sekarang ni lupa dah…he..he
Otak Berkarat Sebab Cuti Lama Sangat
Hola Malaysia! Selamat Hari Merdeka!!
Waah.. sakan ye bercuti lama-lama. Dari Nuzul Quran hari Jumaat sampai hari ini, Merdeka Day. Sesiapa yang bekerja di negeri Selangor dan mengambil cuti pada Isnin semalam… memang syiooook la. ![]()
Ana pun cuti straight 5 hari tu. Sampai berkarat la otak sebab cuti lama sangat…he..he..he
Blog pun baru hari ni nak jengah. Actually banyak benda nak cerita tapi ana terperangkap dalam kesibukan. Ewaah.. ayat bukan main canggih…muah..ha..ha
Sabtu 28hb, ana pergi belajar dengan sifu Saiful Nang dekat dia punya SNAP Gallery. Yes.. puasa-puasa pun belajar tetap belajar. Kalau nak maju seribu tapak ke hadapan dari orang lain kena sanggup melabur masa, tenaga dan masa cuti.
Nanti ana story lagi pasal photography workshop by Saiful Nang *Business in Photography* itu. Oh.. sesiapa yang berminat nak hire me as a photographer can do so now. I’m available from October onwards (weekends only). My photography package price akan dinaikkan tidak lama lagi. Tapi bagi yang dapat voucher contest I LOVE U hari tu price remain the same at RM297 less any vouchers you got.
BACA SELANJUTNYA
Jelly Roll, Layer Cake.. Emm Sedaaap!
Sedap ke jelly roll dengan layer cake? Entah.. ana tak makan pun.
Sebab jelly roll dan layer cake ni mana boleh makan. Itu semua nama fancy bagi kain perca *designer fabric*!
Actually.. bukan kain perca tapi designer fabric yang sengaja di potong ikut saiz tertentu dan di susun begitu cantik hingga kelihatan seperti jelly roll dan layer cake. Kreatif sungguh.
Asalnya ana cuma nak beli Charm Pack (42 5″x5″ squares) ini…
Tapi terbeli jugak Jelly Roll (40 2.5″ strips)…
dan Layer Cake (42 10″x10″) yang cantik-cantik belaka ni…
Apa kegunaannya? Macam-macam boleh buat. Boleh buat table runner, quilt, craft atau apa saja lah. ![]()
Oh.. designer fabric yang ana order sebulan yang lepas baru je sampai..yehuuu..























